Sunday, March 1, 2009

anak kecil .

saya hanya anak kecil.
anak kecil yang mahu menyelami tentang cinta.
anak kecil yang masih belum matang tentang dunia.
iya, anak kecil ini bercinta.
dan akhirnya, anak kecil ini merana.
merana dengan kebodohannya sendiri.
kebodohannya yang membuatkan dirinya menyukai seseorang.
anak kecil bertanya, ' kenapa di dunia ini kita perlu bercinta? kenapa harus berfikir tentang cinta yang hanya membuatkan kita terluka ? '
tiada siapa pernah menjawab pertanyaan anak kecil ini.
menjalani hidup tanpa cinta memang pedih.
wajah anak kecil seperti bahagia.amat bahagia.
tetapi di dalam hatinya, meraung kesedihan.
anak kecil ini tahu siapa yang dia sayang,
tahu siapa yang dia cintai,
tahu siapa yang dia perlukan.
tapi, tahukah dia bahawa anak kecil yang gila ini menyayanginya,
mencintainya, memerlukannya ?
sehingga sekarang, anak kecil masih diam.
diam dan berfikir tentang cinta.
cinta yang tidak tahu hala tujuannya.
dan, anak kecil ini masih mahu bercinta.
tetapi cintanya hanya untuk si dia.

No comments:

Post a Comment