Monday, December 8, 2008

itulah cinta.

aku tatap gambarmu.
penuh dengan dusta.
aku lihat matamu.
penuh dengan penyamaran
tetapi masih ada sinar di matamu
dan aku tahu sinar itu untuk aku.


kau buat aku tertawa.
kau buat aku menangis.
kau buat aku bahagia.
kau buat aku rasa dicintai.
kau buat aku merasa ditinggalkan.


aku tuduh kau.
tidak bermakna aku benci kau.
aku marah kau.
tidak bermakna sayang aku untuk kau hilang.
aku hanya mahu kau berubah.


lihat mata aku, peluk aku seerat yang kau mahu.
agar kau tahu yang aku betul-betul menyayangi kau.
tapi kau tidak mampu melakukannya kerana kau terlalu egois.
terlalu pentingkan rasa malu kau dari hati orang lain.
aku hairan, kenapa kau terlalu egois.

kenapa dunia sekarang banyak berubah ?
ya tuhan, maafkan aku.
dosa aku terlalu banyak.


kau, jadikanlah aku yang kedua.
berikanlah aku kebahagiaan yang aku selalu impikan.
aku tahu, susah untuk aku memilikimu.
aku pelik, apa hebatnya kau ?
apa kebaikan yang kau ada ?
kenapa aku terlalu mencintai kau.

itulah cinta.
yang semua orang pernah merasainya.
kehebatan cinta.
keperitan cinta.
semunya.



* sy tidak menyuruh sesiapa terasa. ia hanya nukilan. tetapi wahai kamu, kalau terasa.maafkan saya. saya mahu awak berubah. berubah untuk melihat dunia yang indah dan luas terbentang.


** AHAHA.aku gila. teman. qys tidak keruan sekarang.oleh kerana itu, qys terlalu mengarut. selamat tinggal teman. :)





No comments:

Post a Comment